LAMAN LATIHAN — Data & permohonan di sini adalah untuk tujuan latihan sahaja. Sistem sebenar boleh dilayari di sini: spb.kpdn.gov.my
KATEGORI KELAYAKAN PERMIT KHAS
BIL KATEGORI KETERANGAN BARANG KAWALAN BERJADUAL HAD KUANTITI
1 Forklift Kegunaan untuk menggerakkan forklift yang digunakan di dalam gudang dan tidak dapat mengisi minyak di stesen minyak kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
2 Pertanian dan Penternakan Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau peralatan bagi aktiviti menjalankan pertanian atau penternakan atau apa-apa aktiviti berkaitan pertanian dan penternakan. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
3 Pengusaha Industri Makanan Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau alatan untuk memproses makanan dan minuman. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
4 Penempatan Penduduk Di Kawasan Pedalaman dan Pulau Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau peralatan bagi keperluan harian penduduk untuk kediaman atau fasiliti awam di kawasan pedalaman atau pulau. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 500 liter seminggu pembelian
5 Pengangkutan Air Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi pengangkutan air untuk pergerakan persendirian atau pengangkutan penduduk atau barangan atau tanaman atau hasil hutan. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
  • Atau, tidak melebihi 200 liter sehari pembelian bagi lokasi aktiviti yang jarak perjalanan ke pemborong berlesen melebihi 30km
6 Rekreasi Air Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti rekreasi air menggunakan peralatan bermotor atau berenjin di kawasan pesisir pantai, sungai dan tasik. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 50 liter sehari pembelian
7 Penyelenggaraan Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
8 Pelancongan Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi sektor pelancongan seperti bot pelancong, rumah peranginan, chalet, inap desa, rumah tumpangan yang berada dalam kawasan tiada bekalan dari pemborong diesel atau petrol yang berlesen CSA sah. Diesel & Petrol
    Semenanjung Malaysia:
    • Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
    Sabah, Sarawak & Labuan:
    • Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
9 Pembinaan Berskala Kecil Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi aktiviti Pembinaan Berskala Kecil. Had nilai projek dijalankan tidak melebihi RM200,000.00. Diesel & Petrol
    Semenanjung Malaysia:
    • Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
    Sabah, Sarawak & Labuan:
    • Diesel: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
    • Petrol: Tidak melebihi 200 liter sehari pembelian
10 Bantuan Kecemasan • Kegunaan untuk menggerakkan perkakas atau jentera atau enjin bagi keperluan bantuan kecemasan jangka masa pendek seperti bantuan bencana alam, bantuan keselamatan atau bantuan sesi pembelajaran yang disahkan oleh agensi berkaitan.

• Permohonan tidak boleh diperbaharui. Jika ada keperluan, pemohon perlu memohon baharu.
Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 500 liter sekali pembelian (one off)
  • Petrol: Tidak melebihi 500 liter sekali pembelian (one off)
11 Nelayan Berdaftar Di Bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kegunaan untuk menggerakkan enjin bot nelayan yang berdaftar di bawah LKIM bagi tujuan menangkap ikan dan hasil laut. Petrol Petrol: Tidak melebihi 100 liter sehari pembelian
12 Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Kegunaan untuk menggerakkan fungsi perkakas atau mesin bagi kawalan penyakit bawaan vektor. Diesel & Petrol
  • Diesel: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian
  • Petrol: Tidak melebihi 1,000 liter sehari pembelian